The Red Warriors (TRW) pasti boleh.

Sedih dan pilu dibenak penyokong setia TRW samada di kampung atau dibandar, malahan juga di seluruh dunia semakin hilang dan pasti lenyap terus seandainya kejuaraan Liga Super yang semakin hampir untuk digapai, menjadi kenyataan. Perlawanan yang tampak seakan mudah jika dilihat status terkini skuad TRW. Cuma, adalah satu bonus, jika perlawanan terakhir Kelantan menentang sabah pada 6 Julai ini menyaksikan kemenangan besar dengan jaringan oleh penyerang ‘sensasi’ Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha seterusnya menyaksikan Status penjaring terbanyak milik beliau dan yang paling penting, akan melenyapkan terus keegoan pesaing terdekat Red Giant dan Skuad ‘Penyu’.  Perasaan gembira bakal menenggelamkan kekecewaan yang melanda puluhan ribu penyokong di Bukit Jalil dan keseluruhan rakyat Kelantan!! Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan sehingga tak terkata, diam seribu bahasa termasuk saya sendiri. Tapi, itu adalah lebih baik dan sopan daripada meluahkan perasaan yang akan memburukkan keadaan. Ayuh Pemain dan penyokong tumpukan perhatian semua!!!

Lebih manis untuk dikongsi jika Mat Yo dapat mengekalkan status pemain paling bernilai sebagaimana yang telah diterima pada musim lepas. Tetapi itu masih jauh. Yang semakin hampir adalah status penjaring terbanyak. Ayuh Mat Yo!! Penyokong setia yakin dengan kebolehan Mat Yo menjaringkan Gol!! Ambiklah masa untuk berehat dan pulih dari kecederaan, muncul nanti di Likas. Ledakkan lah jaringan yang akan menjanjikan dua kemenangan dalam satu perlawanan. Kejuaraan liga dan penjaring terbanyak. Walaupun itu adalah lebih peribadi, para penyokong akan turut bergembira dan turut pasti meraikannya. Pasti nama Mat Yo akan terpahat dalam sejarah hebat bola sepak Kelantan. Jaringan Mat Yo pasti datang. Masa akan menentukan. Rakan-rakan seperjuangan, lorong dan hantarkan bola kepada beliau. Pastikan kita beroleh dua Kejuaraan serentak!!! Gomo set kito biar menjadi kenyataan!!!TRW Boleh…

Skuad kendalian Dato’ M Karathu mesti merebut peluang yang terhidang ini. Buangkan kekecewaan lalu, kepada skuad yang bakal diturunkan, kerahkanlah sepenuh jiwa dan raga demi pasukan dan penyokong yang begitu sayang akan anda semua. Piala yang terlepas biarlah dahulu, rebutlah yang dihadapan, Kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia. Musim depan kita gandakan usaha untuk merampas piala FA!! Bulatkan tekad!!kita pasti Berjaya!!percubaan kali ketiga di era ini pasti membuahkan hasil!!

Sebenarnya, skuad kendalian Coach yang hampir mencatat sejarah lebih awal pada tahun 1993 sekiranya perlawanan ditempat sendiri dimanfaatkan. Itu sejarah lama, dan tahun ini sekali lagi dicipta dengan lebih gemilang. Kem skuad Kelantan tidak pernah sunyi dari keriuhan. Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir ini, bola sepak Kelantan menjadi begitu ‘tersohor’.kerap kali meniti dibibir peminat setiap nama pemain skuad kelantan. Pelbagai komen dan tidak kurang gosip-gosip yang sedikit sebanyak menampakkan hidupnya suasana bola di bumi serendah sekebun bunga. Tidak kurang juga pandangan serong orang luar yang memberikan komen yang kurang enak didengar. Itu kita lupakan, yang kita kena ingat, saya ingin kongsikan, rupanya pemain dan pasukan Kelantan ini turut dibualkan oleh orang luar yang begitu teruja dan tertarik dengan gaya penyokong Kelantan. Kredit buat penyokong TRW.katanya, orang Kelantan memang hebat! Begitu semangat! Memang ‘first class’! patutlah orang Kelantan boleh maju. Itu lah kata-kata sekumpulan pak cik yang sedang menjamah roti canai di sebuah kedai di area Gombak. Saya yang berada di meja belakang tiba – tiba berderau bulu roma, tanda gembira dan tak terjangka dengan komen ikhlas itu. Banyak lagi yang mereka puji pasukan kita. Terima kasih pak cik yang amat positif dalam komen yang diberikan. walau itu hanyalah pandangan segelintir yang memihak kepada penyokong Kelantan. Saya begitu puas mendengarnya.

Kembali kita kepada topik, Jika dilihat di awal musim, skuad Kelantan menghadapi saat yang begitu mencemaskan dengan pemergian tiga bintang yang naik namanya kembali dibumi Kelantan. Pasukan Kelantan ketika itu, seolah – olah akan jatuh. Tambahan dengan penggangtungan ketua jurulatih , Abe Ya yang merisaukan peminat setia TRW. Tetapi, lihat hasilnya..kelantan lebih bertenaga dengan jurulatih yang kali kedua mencurahkan bakti kepada skuad TRW. Di tambah pula dengan kesungguhan pemain yang begitu bersemangat untuk membuktikan kebolehan. Kembali kepada perpindahan pemain tersebut, Entah kenapa, bagi saya yang kurang mengetahui sebab dan musabab perpindahan tersebut, terus terbayang..mesti gaji disana lebih lumayan!!. Bagus juga mencari tempat yang sanggup bayar lebih. Sesiapa pun inginkan yang tertinggi. Itulah hakikatnya!!Perpindahan tersebut seharusnya membuka mata semua, bukan semua yang kita pergi akan menghasilkan kepuasan. Cuba penyokong setia fikirkan, letakkan diri kita sebagai pemain tersohor…dan Tanya kepada diri sendiri. Adakah aku puas, bermain dengan hanya 2,000 penyokong? yang kadang-kadang tidak mencecah angka tersebut. Adakah aku puas nama yang dulu nya gah disebut samada di blog-blog, selalu menjadi bahan bualan di media, tapi kini hampir tiada? Adakah puas berada ditempat yang kurang menarik dalam carta liga? Adakah aku puas??? Itu semua perlu difikirkan sedalamnya. Kembali kepada realiti, Lihat saja pemain di Eropah sabagai contoh, pemain ternama yang dibayar gaji mahal tetapi hanya memanaskan bangku simpanan. Tidak akan gembira. Kerana bagi mereka kepuasan bermain adalah mutlak. Begitu juga jika kelab yang dicurahkan kudrat tidak merangkul piala. Kecewalah mereka disitu.

Berdasarkan kepada keadaan sekarang, saya, malahan semua penyokong mentafsirkan skuad Kelantan begitu menarik dengan keseimbangan hampir disetiap posisi. Yang beroleh kemenangan di tempat sendiri ataupun di tempat lawan. Satu fenomena baru telah wujud. Terbukti benar kata orang, tahap sokongan orang Kelantan memang gila-gila. Tahniah buat penyokohn TRW yang mengembalikan kemeriahan bola sepak di Malaysia. Juga kepada pemain, tahniah dan semoga beroleh kemenangan yang diimpikan.
Jadikan sanjungan dan kritikan para penyokong pembakar semangat. Buktikan kita boleh dengan mengerah seluruh tenaga, bermainlah bermatian sehingga ke noktah tiupan wisel yang terakhir. Usah toleh belakang. Langkahlah maju ke hadapan. TRW pasti boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian.

 
Muhd Azizul Bin Ab Razak
Puchong, Selangor.

Ammar

Kawasan polis sentiasa menembak

Central
KM 15 JLN KL-RAWANG-KL HAD LAJU 90KM/J
KM 32 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 433 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 444 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 447 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 400 L/RATA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 13 L/RAYA CHERAS KAJANG HAD LAJU 90KM/J
KM 289 L/RAYA JB-KL-JB HAD LAJU 110KM/J
JALAN IPOH HAD LAJU 80KM/J
JALAN MAHAMERU HAD LAJU 80KM/J
KM 6.2 KL-SBN H’WAY HAD LAJU 80KM/J
MRR2 BKT JALIL HAD LAJU 90KM/J
KM 59 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J
KM 62 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 80KM/J
KM 64 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J
KM 11 NKVE HAD LAJU 110KM/J
KM 5.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J
KM 8.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J
KM 35 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J
KM 44 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J
Upper North
KM 13.2 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J
KM 13.4 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J
KM 8 JALAN KULIM MAHANG HAD LAJU 60KM/J
KM 72 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 12.6 BORR BAGAN AJAM HAD LAJU 80KM/J
Lower North
KM 23 JLN IPOH-LUMUT HAD LAJU-90KM/J
KM 6 TK INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J
KM 6 TK INTAN-S/BERNAM HAD LAJU 60KM/J
KM 19 T/INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J
KM 58 IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
JLN TASEK IPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 11.5 JLN IPOH-C.HIGHLANDS HAD LAJU 60KM/J
KM 32 JLN IPOH-KL HAD LAJU 80KM/J
KM 301 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 90KM/J
KM 26.5 JLN IPOH-K/KANGSAR HAD LAJU 60KM/J
KM 77 IPOH-GRIK HAD LAJU 90KM/J
KM 239.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 38 JLN IPOH-LUMUT HAD LAJU 90KM/J
KM 365 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 388 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 214.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 223.8 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 10 JLN BIDOR-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
KM 46 JLN IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
KM 81 JLN IPOH-KL HAD LAJU 60KM/J
KM 339 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
East Coast
KM 40 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 45 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 64.6 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 66 JLN K/TRG-KTN HAD LAJU 70KM/J
KM 120 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 90KM/J
KM 123 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 80KM/J
KM 97 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 98 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 14 JLN LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 41 JLN LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 21 JLN KUANTAN-GAMABANG HAD LAJU 80KM/J
KM 197 JLN KTN/KTRG HAD LAJU 90KM/J
KM 33 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 50 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 30.5 JLN K/BHARU-TERENGGANU HAD LAJU 60KM/J
KM 334-333 JLN K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J
KM 349-348 JLN K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J
KM 73 JLN K/BHARU-JELI HAD LAJU 70KM/J
KM 41 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J
KM 42 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J
KM 101 LPT KTN HAD LAJU 110KM/J
KM 126 JLN KTN-KL-TEMERLOH HAD LAJU 60KM/J
Upper South
KM 209 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 90KM/J
KM 178 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 181 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 4 JLN MELANG-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J
KM 32 JLN SEREMBAN-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J
KM 5 JLN MALIM-MELAKA HAD LAJU 70KM/J
KM 12 A/KEROH-MELAKA HAD LAJU 80KM/J
KM 4 JLN SBAN-PILAH (PETRONAS) HAD LAJU 70KM/J
KM 250 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 110KM/J
KM 256 L/RAYA JB-KL HAD LAJU 110KM/J
KM 268 L/RAYA KL-JB-KL HAD LAJU 90KM/J
Mid & Lower South
KM 100 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 12 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 13 JLN J/BHARU-SENAI HAD LAJU 80KM/J
KM 21 J/BAHRU-PTN HAD LAJU 70KM/J
KM 14 J/BAHRU-ULU TIRAM HAD LAJU 70KM/J
KM 15 JLN KLUANG-T.W.HENG HAD LAJU 60KM/J
KM 37 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J
KM 44 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J
KM 19 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 31 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 46 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 49 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 170 L/RAYA HAD LAJU 90KM/J
KM 172 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 9 JLN MUAR-MELAKA-KESANG HAD LAJU-80KM/J
KM 236 L/RAYA J/B-KL HAD LAJU 110KM/J
KM 135 JLN J/B-SEREMBAN-CHAAH HAD LAJU 60KM/J

12 February 2011

Assalamualaikum..jumpa lagi!!

Malamni saya nak kongsikan beberapa 3 info berkaitan Excel, iaitu :

1. Menukar Upper Case kepada Lower case/ Sentence case. (Huruf besar kepada huruf kecil ataupun properly).
Contoh; Tukar perkataan SAYA kepada Saya atau saya
Caranya > =Lower(klik pada cell yang ingin tukar) > enter
                =proper(klik pada cell yang ingin ditukar) > enter

2. Menukar Lower case kepada Upper Case. (Huruf kecik kepada huruf besar)
Caranya > =Upper(klik pada cell yang ingin ditukar)>enter

3. Menggabungkan dua cell menjadi satu.
Caranya : =concatenate(klik cell A1,(comma) klik pada cell A2)
Contohnya pada cell A1 adalah 10 dan cell B adalah 15. Bila menggunakan formula di atas, hasilnya adalah 1015

Sekian dulu, selamat mencuba.

9 Feb 2011

Row
1. Pergi kepada page layout > klik
2. Klik pada print titles
3. Pergi kepada row to repeated at top > klik button hujung sebelah kanan.
4. Klik pada row yang ingin diulangi tajuknya.
5. Sudah.....

Column
1. Pergi kepada page layout > klik
2. Klik pada print titles
3. Pergi kepada column to repeated at left > klik button hujung sebelah kanan.
4. Klik pada column yang ingin diulangi tajuknya.
5. Sudah.....

Sekadar perkongsian, ianya nampak mudah kepada yang dah ada 'basic'. Tapi, buat mereka yang masih belum mengetahui, mudahan dapat membantu.

Sekian dulu..
Salam.
.

Masukkan Nilai Pada Cell Kosong Dengan Mudah.


Bagaimana untuk memasukkan nilai kosong pada petak yang tidak mempunyai nilai seperti contoh pada gambar di bawah?? situasi begini sentiasa berlaku pada table atau jadual berkaitan data seperti statistik/ perakaunan dan apa-apa je lah. biasanya jika rungan yang kosong akan diisi dengan nilai 0.00. Tapi bagaimana untuk memasukkan nilai 0.00 dengan senang, tanpa membuang masa anda. bayangkan sekirnaya petak yang kosong begitu banyak dan dalam keadaan tidak tersusun???mungkin susah bukan???sanggupkan kita semua memasukkan secara manual satu persatu ataupun copy paste jer...penat juga tu.

ok cuba lihat gambar di bawah, seterusnya cubalah mengikut apa yang ingin dikongsikan dibawahnya!!!!!


 
Langkah-langkah untuk memudahkan kita isi data pada ruangan yang kosong adalah :
1. Mula -mula, taipkan nilai 0.00 atau 0 di luar kawasan jadual (ditulis sementara kemudian delete selepas sudah selesai masuk nilai dalam jadual yang sebenar)
2. Copy atau tekan <CTRL> + <C> pada nilai 0.00 yang ditulis.(Pastikan anda copy dahulu sebelum ke langkah seterusnya)
3. Select cell pada Jadual/Table seperti gambar di bawah
Klik pada gambar untuk lihat paparan lebih jelas dan tekan butang back untuk kembali
4. Pada tab Home, klik Find & Select (Lihat gambar bawah)








5. Kemudian pada Find & Select, klik Go To Special (seperti gambar di bawah)








6. Seterusnya, tick pada Blanks dan klik ok (Seperti Gambar di bawah)
7. Tekan <CTRL> + <V> pada keyboard anda.

Sekarang, nilai 0.00 telah siap masuk ke dalam semua cell kosong  pada jadual/table.
**Sekiranya bila ditekan <CTRL> + <V> tidak berhasil. sila ulang copy sekali lagi dan ulang langkah lain. Ini mungkin kesilapan pada step yang kita lakukan. Amalkan, insyaAllah ianya melekat dan menjadi senang.

Sekian dulu,
Terima kasih.



Bagaimana untuk mengubah Text kepada Column

1. highlight cell>klik data pada tab>klik text to column>
2. Tick pada delimited>next>
3.tanda pada space>next>
4.Klik Destination (pilih cell baru yang anda ingin letakkan abjad tersebut>Finish

Sila rujuk gambar di bawah untuk gambaran lebih jelas.



1.

2.

3.

4.


Selamat mencuba..kalau ada nak tanya apa-apa sila post hantar email dengan mengisi comment box di bawah. 

Sekian untuk hari ini. TQ